1001 Filem Malaysia

Update Terkini Filem-Filem Yang Ditayangkan Di Malaysia

Man Sewel Datang KL

Man Sewel Datang KL

Man Sewel Datang KL

Man Sewel Datang KL adalah filem Arahan daripada Rahman Adam.
Work Move Production Sdn. Bhd adalah Syarikat
Penerbitan bagi Man Sewel Datang KL. Filem Man Sewel Datang KL dilakonkan oleh
Shuib Sepah sebagai Man dan Julia Ziegler sebagai Nadia
yang mana akan ditayangkan pada 31 Mei 2012

Sinopsis:

MAN SEWEL DATANG KL Osman/Man…pemuda yang berperwatakan gila-gila datang ke Kuala Lumpur berbekalkan wang yang diberikan ibunya Maimon hasil peninggalan harta arwah bapanya. Di Kuala Lumpur, Man tinggal bersama rakan sekampungnya, Salim. Salim banyak mempengaruhi Man tentang kehidupan di ibu kota. Menerusi Salim juga, Man berkenalan dengan Nadia, seorang bekas model. Sekian lama berkenalan, Man tenggelam dalam jerat cinta Nadia, segala kemahuan Nadia diturutkan dan dia sanggup berhabis wang ringgit memenuhi kehidupan Nadia yang serba mewah itu. Bagaimanapun Man akhirnya menyedari sesuatu yang tidak kena apabila Nadia meminta wang sebanyak RM250,000 untuk dijadikan modal perniagaan. Dalam masa yang sama, Man tidak lagi mendapat bantuan kewangan dari ibunya di kampung menyebabkan beliau terpaksa berdikari untuk meneruskan kehidupan di Kuala Lumpur. Man yang sebelum ini tidak pernah melakukan apa-apa kerja terpaksa memikirkan cara untuk menampung perbelanjaan kehidupannya di ibu kota.

Bermacam-macam pekerjaan dilakukan Man, sehinggakan Man sanggup mengeluarkan modal berniaga ayam. Namun malangnya dia ditipu. Man kemudian pulang ke kampung untuk menemui ibunya dan kekasih hatinya Siti Khadijah yang telah lama ditinggalkan. Malangnya Siti Khadijah telah menjadi milik orang kerana Man memungkiri janji cinta mereka dahulu. Sekembalinya Man ke Kuala Lumpur, Man mengenali seorang gadis, Salbiah yang menjadi mangsa ragut.

Mereka berdua menjadi sahabat yang saling membantu. Suatu hari Man terserempak dengan Leman, orang kampungnya yang mengusahakan kedai makan di Kuala Lumpur. Leman menasihati Man agar berwaspada dengan Salim kerana dikhuatiri Salim terbabit
dalam kegiatan jenayah. Man kemudiannya menyedari Salim dan Nadia sememangnya terbabit dalam kegiatan jenayah. Man juga sedar dia sebenarnya terjerat dalam perangkap cinta Nadia angkara Salim. Hasil bantuan Leman dan Pak Din, seorang tukang urut tradisional yang pernah menjadi mangsa Salim, kegiatan jenayah Salim dan Nadia akhirnya berjaya ditumpaskan pihak polis. Hubungan Man dan Salbiah pula makin erat dan mesra sehingga membuahkan bibit-bibit cinta. Man semakin matang dan tidak lagi bersikap gila-gila. Cintanya kini hanya pada Salbiah.

Krew

Kategori : Filem Cereka
Genre : Komedi,

Pengarah:

Rahman Adam

Penulis:
Rahman Adam:(Scriptwriter)
Rahman Adam:(Cerita Asal)

Lakonan:
Shuib Sepah:Man (Pelakon Utama)
Zally Hussain:Salim (Pelakon Pembantu)
Julia Ziegler:Nadia (Pelakon Pembantu)
Rosnah Mat Aris:Maimon (Pelakon Pembantu)
Zaibo:Pak Din (Pelakon Pembantu)
Fida:Siti Khadijah (Pelakon Pembantu)

Krew:
Jamal Maarif:(Pengarah Fotografi)




Nota:

Setiap command yang diberikan adalah tanggungjawab individu itu sendiri.
Admin tiada kena mengenai dan akan bertanggungjawab terhadap komen tersebut.
Ia hanyanya pandangan peribadi peribadi orang yang memberi komen.

P/S:

Rahsia Pencen Dengan Prepate

Rahsia Perniagaan Online dan Online Marketing 

Tambah Pendapatan Dengan Menjawab Soalan Servey

Man Sewel Datang KL Gambar Video

Man Sewel Datang KL Gambar Video

 

 

 

 

 

 

 

 

Saksikan Preview Filem Man Sewel Datang KL.Filem Paling Sewel Di Malaysia
http://www.nastkreatifstore.com/manseweldatangkl/

[/wp-like-locker]

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Categories: Filem Cereka, Komedi

Leave a Reply

You must be logged in to post a comment.